Empayar Jepun
Empayar Jepun

Empayar Jepun

Kemaharajaan (Empayar) Jepun (Kyūjitai: 大日本帝國; Shinjitai: 大日本帝国; disebut Dai Nippon Teikoku; secara rasminya Kemaharajaan Jepun Raya) merupakan satu kerajaan di bawah Perlembagaan Empayar Jepun dan Jepun dan kawasan-kawasan yang di bawah perintahnya sejak zaman Pemulihan Meiji sehingga kekalahan dalam Perang Dunia II. maharaja-maharaja yang bertakhta sepanjang zaman ini, iaitu zaman-zaman Meiji, Taishō dan Shōwa, kini dikenali dengan nama posthumus (yang diberi selepas kemangkatan) yang bersamaan dengan nama zaman masing-masing: Maharaja Meiji (Mutsuhito), Maharaja Taishō (Yoshihito) dan Maharaja Shōwa (Hirohito). Peristiwa-peristiwa terpenting yang berlaku pada zaman ini termasuk pemulihan kuasa Maharaja (大政奉還, Tai-sei Hou-kan) pada 9 November 1867, Pemansuhan sistem han (廃藩置県, Hai-han Chi-ken) pada 14 Julai 1871, pengindustrian dan penenteraan pesat yang dialami negara di bawah cogan kata Fukoku Kyohei (富国強兵, "Perkayakan Negara, Kuatkan Tentera"), yang membawa kepada timbulnya sebagai kuasa dunia yang seterusnya menyertai perikatan Paksi dan menawan sebahagian besar rantau Asia-Pasifik.Empayar Jepun menyerah kalah kepada kuasa Berikat pada 2 September 1945, setelah pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki yang menyusuli peristiwa-peristiwa seperti penetangan di Perang Pasifik dan Perang China-Jepun Kedua terhadap negara-negara Berikat pada Perang Dunia II.Penyerahan kalah tersebut disusuli oleh satu tempoh pendudukan oleh kuasa-kuasa Berikat, kemudiannya penyerahan dan pemansuhan Empayar, dan satu perlembagaan baru digubal dengan penglibatan Amerika Syarikat. Pendudukan Amerika Syarikat dan pembinaan semula negara berterusan sehingga 1950-an lalu membentuk Jepun moden zaman kini.

Empayar Jepun

97770000
• Perlembagaan 29 November 1890
• 1888-1889 Kuroda Kiyotaka
Maharaja  
• 1912–1926 Maharaja Taishō
• 1889-1891 Yamagata Aritomo
Ibu negara Tokyo
• Pembaharuan wilayah 29 Ogos 1871
Sejarah  
Kerajaan Raja berperlembagaan
• 1901-1906, 1908-1911 Katsura Tarō
• Penyerahan kalah 2 September 1945
Mata wang Yen
• Pemulihan Meiji 3 Januari 1868
• 1926–1989 Maharaja Shōwa
• 1868–1912 Maharaja Meiji
• 1885-1888, 1892-1896, 1898, 1900-1901 Itō Hirobumi
• 1906-1908, 1911-1912 Saionji Kinmochi
Perdana Menteri  
• 1913-1914, 1923-1924 Yamamoto Gonnohyōe